Friday 8 January 2016

EIMANELs Doorgift




Assalamualaikum... Sebelum saya meneruskan untuk bergerak secara aktif dalam dunia Blogging ini, suka saya memperkenalkan serba sedikit tentang blog ini untuk tatapan teman-teman semua.

Blog EIMANELs Doorgift adalah salah satu lagi ruang untuk saya kongsikan minat saya, harapan saya, business saya dan impian saya pada masa akan datang. Disini saya juga ingin kongsikan bagaimana terhasilnya nama dan perniagaan kecil-kecilan saya dan suami iaitu EIMANELs Doorgift yang pada mulanya tidak terlintas di fikiran kami untuk menceburi bidang ini.. 

Semuanya bermula ketika saya masih bekerja pada tahun 2012, seorang sahabat yang juga merupakan officemate saya bakal melangsungkan perkahwinan telah meminta saya mereka / mendesign Tasbih dari mutiara untuk dijadikan doorgift pada majlis resepsi perkahwinannya. Sahabat saya ini mempunyai citarasanya sendiri yang mana rekaan pilihan hatinya menurutnya tidak ada di pasaran ketika itu.

Bagi menunaikan permintaan sahabat ini, saya dan suami mula mencari tempat yang membekalkan raw material untuk penghasilan tasbih dan kami berjaya menghasilkan berberapa idea rekaan. Setelah dipersetujui sahabat saya itu dengan rekaan yang kami cadangkan, kami akhirnya berjaya menyiapkan 1000 utas tasbih untuk sahabat saya ini.

Bermula dari situ dan juga dengan berbekalkan kata-kata dari sahabat saya itu yang mengatakan idea kami boleh pergi jauh, saya dan suami menubuhkan EIMANELs Doorgift dengan keyakinan bahawa adanya permintaan terhadap Tasbih sebagai Doorgift bagi majlis-majlis dan acara-acara seperti Cukur Jambul, Khatam Al Quran, Berkhatan, Pertunangan dan juga Majlis Perkahwinan.

Setelah hampir setahun menjalankan business ini secara online di samping sambutan yang baik terhadap permintaan, EIMANELs Doorgift akhirnya mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 November 2015 dengan nombor pendaftaran 002491932-X.


Antara Koleksi Tasbih







Harapan saya, semoga perniagaan kami ini akan terus berkembang dan menjadi Legasi dalam perniagaan suatu hari nanti.. InsyaAllah.. 


Untuk Tempahan/Order :

PM Kami di ---> EIMANELs Doorgift




No comments:

Post a Comment